Mengenai enterprise 50 (e50)
Anugerah Enterpris 50 (E50) adalah program anugerah tahunan yang dianjurkan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia), agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Deloitte Malaysia dan sokongan daripada Malaysia SME, Media Prima, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), RHB Bank Berhad, TM Unifi dan SME Bank untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang syarikat tempatan yang berdaya usaha.
Program anugerah ini bermula pada tahun 1997, dan tahun 2022 merupakan tahun ke-23 penganjuran Enterpris 50, menjanjikan satu lagi program khusus untuk PKS yang sangat bermakna, dengan semangat dan dorongan berterusan untuk mencapai prestasi dan impak yang terbaik.
Setiap tahun, sebanyak 50 pemenang dipilih daripada kalangan pencalonan yang diterima. Penilaian bebas dibuat berdasarkan faktor kewangan dan bukan kewangan. Sepanjang penganjuran Program Anugerah E50, program ini telah berjaya mempromosikan dan mempamerkan perusahaan yang berdaya saing dan berdaya tahan, terutamanya dalam menghadapi cabaran global dalam ekosistem perniagaan yang tidak menentu.
objektif program anugerah e50
Mendorong tahap kecemerlangan yang lebih tinggi di kalangan syarikat tempatan dan memberi pengiktirafan ke atas sumbangan syarikat ke arah pembangunan negara serta menggalakkan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi.